Khamis, 09 September 2010
 
 
Rangkain Produk
Kadar POS LAJU
Tracking POS LAJU


Hits Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini27
mod_vvisit_counterSemalam24
mod_vvisit_counterMinggu Ini113
mod_vvisit_counterBulan Ini229
Pautan Pilihan
Jus TUNAS PINTAR

jtp.jpg

INFORMASI:

Jus Doa Tunas Pintar diformulasikan khas bagi ikhtiar untuk meningkatkan kecergasan & kecerdasan minda. Jus Doa Tunas Pintar juga telah dibacakan dengan doa-doa yang mustajab oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Nik Razi Nik Mat khas bagi ikhtiar penerang hati dan penguat ingatan.

Sesuai diamalkan terutama di musim peperiksaan bagi membantu meningkatkan daya ingatan & daya faham.

KELEBIHAN:

  • Ditujukan khas untuk kanak-kanak dengan  rasa yang sangat sedap (perisa blackcurrant).
  • Sangat baik diamalkan oleh ibu hamil secara konsisten bagi mengambil khasiat ramuan-ramuan semulajadi yang digunakan.
  • Sahabat terbaik Minda.
  • Ikhtiar untuk kecerdasan MINDA, TUBUH & ROHANI

SUKATAN DISARANKAN:

Mulai dengan bacaan “Bismillahirrahmanirrahim”, beristighfar dan berselawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 3 kali. Amalkan mengikut aturan di bawah:

1 – 12 tahun : 1 sudu teh Setiap Pagi & Malam.

12 tahun ke atas : 1 sudu besar  Setiap Pagi & Malam.

Khas Ibu Hamil : 1 sudu besar  3 kali Sehari

 

RAMUAN :

Rosselle

Rosselle (Hibiscus sabdariffa) secara semulajadi mengandungi  antioksidan, justeru ia bersifat mendetoksifikasi (membuang toksik dari badan) & meneutralkan racun.

Roselle juga dapat:

  • Menurunkan kadar gula di dalam darah pada
  • penderita diabetes.
  • Mengandung multivitamin, termasuk
  • Vitamin C dan Beta karoten.
  • Membantu mengurangkan kebergantungan
  • terhadap ubat.
  • Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
  • Menurunkan kolesterol dalam darah
  • Mengelakkan penggumpalan lemak.
  • Menyeimbangkan berat badan
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mengurangi panas badan.
  • Mengurangkan migraine
  • Menjaga stamina

 

Epal Hijau Afrika

Epal secara umumnya dikaitkan dengan rasa masam. Sememangnya itu adalah sifat semulajadi buah epal kerana ia memiliki zat asam yang cukup bermanfaat untuk mengekalkan sistem percernaan manusia pada tahap terbaik. Sistem percernaan yang baik akan seterusnya mengelakkan masalah berat badan berlebihan dan seterusnya memberi kecergasan.

Walaupun memiliki zat asam, epal yang ditanam di persekitaran yang memiliki suhu yang sangat optimum akan membuahkan hasil yang manis tetapi masih memiliki manfaat zat asam tadi pada kadar yang sama.

Selain itu, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Boleh Membantu kesihatan sistem kardiovaskular(pernafasan) dengan mengekalkan tahap kolestrol darah. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.Selain itu, epal juga mengandungi vitamin C yang diketahui umum bermanfaat untuk mengelakkan selsema.

Dan lagi, menurut kajian Dr Thomas B. Shea, [PhD, of the Center for Cellular Neurobiology; Neurodegeneration Research University of MassachusettsLowell] dan kumpulan pengkajinya. Penggunaan berterusan perahan epal boleh meningkatkan pengeluaran acetylcholine iaitu sejenis enzim penghubung saraf & seterusnya memberi kesan kepada peningkatan daya ingatan dari semasa ke semasa. Paling mengejutkan perahan epal berjaya mengurangkan jumlah pertumbuhan sejenis fragment protein yang dikenali sebagai “beta-amyloid” yang menjadi punca kepada pembentukan “senile plaques” yang sangat lazim ditemui pada pesakit Alzheimer(penyakit lupa atau sindrom kehilangan memori). [Journal of Alzheimer's Disease 16:1 (January 2009)].

Kurma

Buah Kurma adalah makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita terutamanya di bulan Ramadhan. Meskipun rasanya yang manis, buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Antara kebaikan buah kurma ialah:
• Kaya dengan zat besi – sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
• Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
• Khasiat seimbang – mengandungi protein, serat, glukosa, Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
• Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim.
• Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim.

Mariam r.a, di saat hendak melahirkan Nabi Isa telah memakan kurma. Dikatakan kurma mempunyai enzim pelincir yang memudahkan bayi menggelongsor keluar semasa proses kelahiran.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

 

• Ubat kepada segala jenis jenis penyakit…InsyaAllah…
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Madu

Madu sudah diketahui ramai akan khasiatnya, jadi tidak perlu untuk kita bercerita lebih lanjut di sini. Walaubagaimanapun, saya ingin melampirkan beberapa potong Hadith sebagai mengesahkan akan khasiat rahsia alam ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.

Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl).

Firman Allah: (Q:16:68-69)
Maksudnya: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

Kismis

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

Antara kebaikan kismis sebagaimana di dalam sabda Rasulullah s.a.w ialah:

a) “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

b) “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

c) “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

d) “sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap Memakan anggur kering” Imam Zuhdi.